SELAMAT DATANG KE DUNIA JUTAWAN MUDA
TERLANJUR HIDUP MATI SUDAH PASTI..TERLANJUR BUAT BIAR KITA BUAT SAMPAI JADI..KITA ADA IMPIAN..KITA ADA CITA-CITA..KITA ADA KEINGINAN..DAN KITA INGINKAN KEBEBASAN..MEMANG DUIT BUKAN SEGALA-GALANYA..TAPI SEGALA-GALANYA MEMERLUKAN DUIT..JADI BUKA MINDA KITA..LAKUKAN PERUBAHAN..CUBA SEMARAKKAN LAGI KEHIDUPAN DENGAN SESUATU PERUBAHAN YANG AMAT MEMBERANGSANGKAN.. FIKIR-FIKIRKANLAH.,..

Saturday, April 24, 2010

the story behind a leader and a master...

Harini 24/4/2010 satu tarikh yang amat bertuah bagi aku...aku merasakan hari ini adalah satu hari dan tarikh keramat bagiku kerana aku dapt berjumpa dan mengenali semua leader-leader dan usahawan yang sudah berjaya dalam bisnes ini. Segala kisah duka suka mereka, mereka berkongsi bersama aku dan kawan-kawan yang lain. Pada permulaan aku dah mula berputus asa untuk menghadiri function tersebut kerana aku telah sesat mencari lokasi function iaitu di menara PGRM bersama seorang biz partnerku iaitu abg Salim. Tapi dengan izin Allah yang maha pengasih kami akhirnya jumpa juga bangunan tersebut. Lega rasanya apabila aku melihat function tersebut masih belum bermula semasa ketibaan aku dan abg Salim. Semasa dalam function tu aku merasa sungguh sedih kerana biz partnerku yang lain tidak dapat menghadiri function yang hebat ini. Walaupun didalam satu dewan yang agak sederhana tapi atas semangat inginkan satu perubahan aku terima dengan suasana itu. Function ini diserikan lagi dengan kehadiran Naz Ahamad pengacara TV3 dari rancangan terjah yang mana dia telah diterjah oleh abg nd lala untuk menjadi keluarga bisnes kami. Selama 8 jam function ini berlangsung sedikit rasa jemu langsung tidak kelihatan diwajah semua penonton didalam dewan itu. Begitu hebatnya aura mereka yang sudah berjaya. Ada biz partner yang datang dari jauh semata-mata ingin men yertai kami dan yang paling membanggakan lagi biz partner dari singapore pun turun padang kerana inginkan perubahan dalam diri mereka. Ini membuatkan aku merasa lebih tercabar dan merasa sungguh excited untuk menjadi seorang yang EXCELLENT!!!. Ketika dalam perjalanan pulang sampai je aku dirumah aku memikir sejenak. Jika mereka leader-leader yang telahg berjaya tadi boleh berjaya kenapa tidak aku...jika mereka leader-leader yang telah menjadi seorang yang EXCELLENT!!..kenapa tidak aku..maka kerana program tersebut lahirlah satu idea yang menyatakan BLOG JUTAWAN MUDA harus dihasilkan..aku akan pegang kata-kata abang DIN PELURU.."alang-alang hidup mati sudah pasti..alang-alang buat..biar buat sampai jadi"..satu kata-kata yang amat mendalam bagi aku..aku ingin menjadi excellent..aku ingin menjadi berjaya..aku akan pastikan gelaran JUTAWAN MUDA ini akan menjadi kenyataan. 2 Mei aku akan pastikan 10 orang yang dimahukan ada dalam genggaman..insyaallah...

No comments:

Post a Comment

Followers